Dikuasakan oleh Blogger.

Popular Posts

RSS

Pages



ASSALAMUALAIKUM,


SELAMAT DATANG
KE BLOGGER SAYA !



BAB 1: DUNIA MELALUI DERIA KITA

BENTUK POINT

Dunia Melalui Deria Kita :
  • Kulit - sentuhan
  • Mata - cahaya
  • Hidung - bau
  • Lidah -  bahan kimia dalam makanan
  • Telinga - bunyi
 KULIT MANUSIA
  • Merupakan organ yang terbesar pada badan manusia
  • Kulit manusia terbahagi kepada tiga lapisan utama , iaitu : 
  1. Epidermis
  2. Dermis
  3. Lapisan Lemak
  • Epidermis merupakan lapisan yang paling luar 
  • Epidermis berperanan sebagai lapisan pelindung bersifat kalis air
  • Terdapat lima jenis reseptor yang mengesan rangsangan yang berbeza seperti :
  1. Haba 
  2. Sakit
  3. Sentuhan
  4. Sejuk 
  5. Tekanan   

Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan
  • Tropisme
  • Gerak nasti
HIDROTROPISME
  • Gerak balas tumbuhan terhadap air
  • Akar tumbuhan yang tumbuh ke arah air
  • Melalui gerak balas tumbuhan ini ia dapat menyerap garam mineral dan air di dalam tanah 



GEOTROPISME

  • Gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti
  • Gerak balas ini membolehkan akar tumbuhan mencengkam tanah atau tumbuh jauh ke dalam tanah
  • Akar juga dapat menyerap garam mineral dan air untuk pertumbuhan



FOTOTROPISME

  • Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya
  • Pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme positif apabila tumbuh ke arah cahaya 
  • Oleh sebab,tumbuhan memerlukan cahaya untuk fotosintesis,maka fototropisme positif dapat memastikan  daun tumbahan memperoleh cahaya yang mencukupi untuk membuat makanan




TIGMOTROPISME
  • Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan dengan sesuatu objek
  • Tumbuhan yang memerlukan struktur sokongan untuk memanjat dan menyokong berat pokok contohnya :
  • Pokok seri pagi
  • Pokok timun
  • Pokok kacang panjang 
  • Mempunyai sulur paut atau batang yang melilit untuk berpaut pada objek atau tumbuhan lain
  •  Membolehkan tumbuhan tumbuh secara menegak untuk mendapat cahaya matahari yang secukupnya
  



 GERAKAN NASTI 
  • Gerakan nasti tidak bergantung pada arah ransangan seperti tropisme
  • Tumbuhan seperti pokok semalu bergerak balas terhadap sentuhan dengan mengucupkan daunya apabila disentuh.
          

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan