Dikuasakan oleh Blogger.

Popular Posts

RSS

Pages

BAB 3 : BIODIVERSITI

  • Kepelbagaian Organisma Hidup dengan Pengelasannya 

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (vertebrata dan invertebrata), kulat,bakteria dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinasikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagiannya daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesises yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. 

A.Kepentingan
  1. Pengekalan kitar hidrologi
  2. Modifikasi iklim
  3. Hakisan tanah
  4. Selenggara kitar oksigen
PENGELASAN HAIWAN
 Haiwan dapat dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya mereka. Pengelasan haiwan dapat dibahagikan kepada dua iaitu vertebrata dan invertebrata.
Haiwan Vertebrata
Haiwan vertebrata adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Vertebrata yang berdarah panas mengekalkan suhu badan mereka pada tahap yang tetap. Vertebrata yang berdarah sejuk mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu di sekeliling. Vertebrata dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang utama iaitu mamalia, amfibia, reptilia, burung dan ikan.

Mamalia

Ciri-ciri mamalia ialah:
1) badan dilitupi dengan rambut atau bulu,
2) bernafas melalui peparu,
3) berdarah panas,
4) melahirkan anak kecuali platipus dan tenggiling yang bertelur,
5) melakukan persenyawaan dalam; anak membesar di dalam badan ibu sebelum dilahirkan,
6) kebanyakan mamalia  hidup di darat; ikan lumba-lumba dan ikan paus hidup di dalam air.
7) Contoh mamalia ialah orang utan, gajah, beruang, kucing, lembu dan arnab.

http://sainsk6.files.wordpress.com/2012/05/images-11.jpg





 Ikan                                                                                                           
Ciri-ciri ikan ialah:
1) hidup di dalam air,
2) bernafas melalui insang,
3) melakukan persenyawaan luar,
4)berdarah sejuk,
5) dilitupi kulit bersisik berlendir dan
6) mempunyai telur yang tidak bercangkerang.

http://sainsk6.files.wordpress.com/2012/05/arowana.jpg




Amfibia
Ciri-ciri amfibia ialah:
1) boleh hidup di air dan di darat,
2) bernafas menggunakan insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa,
3) berdarah sejuk,
4) mempunyai kulit yang lembap,
5) melakukan persenyawaan luar,
6) bertelur tanpa cangkerang.
7) Contoh amfibia ialah katak dan kodok.


Reptilia
Ciri-ciri reptilia:
1) berdarah sejuk,
2) bernafas dengan menggunakan peparu,
3) mempunyai kulit bersisik dan kering,
4) melakukan persenyawaan dalam,
5) bertelur dan telur bercangkerang
6) Contoh reptilia ialah ular, cicak, buaya, penyu dan biawak.



Burung
Ciri-ciri burung ialah:
1) berdarah panas,
2) bernafas melalui paru-paru,
3) badan dilitupi bulu pelepah,
4) melakukan persenyawaan dalam.

Pengelasan Tumbuhan Berbunga: Monokotiledon & Dikotiledon

Pengelasan tumbuhan dibahagikan kepada 2, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Bagi tumbuhan yang berbunga, ia mampu menghasilkan bunga yang juga mengandugi organ pembiakan. Bunga akan berkembang menjadi buah dan biji benih bagi tujuan pembiakan semula.

Tumbuhan berbunga dibahagikan kepada tumbuhan monokotiledon dan tumbuhan dikotiledon.



KEPENTINGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan  dan sebahagian daripada ekosistem  yang kompleks termasuk didalam  kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya
SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN
Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.


SUMBER PERUBATAN
Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
SUMBER TENAGA
Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan  dan mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.
SUMBER AIR TAWAR
Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia.
SUMBER GALIAN DAN MINERAL
Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan