Dikuasakan oleh Blogger.

Popular Posts

RSS

Pages



BAB 5 : AIR DAN LARUTAN

CIRI FIZIKAL AIR 

Air wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, air terdiri daripada partikel sangat kecil dan tersusun dan bergerak mengikut keadaannya yang tertentu. Bermaksud, pada keadaan pepejal, susunan dan pergerakan molekul air adalah tidak sama seperti pada keadaan cecair. 


Ais Pepejal Air Cecair Wap Stim Gas

Takat beku air
  • Takat beku air adalah suhu di mana air berubah daripada cecair kepada pepejal.
  •  Takat beku air = 0 C

Takat didih air
  • Takat didih air adalah suhu di mana air berubah daripada cecair kepada gas.
  • Takat didih air = 100 C



  • Komposisi air

Air ialah sebatian yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen. Bagi setiap 1 molekul air, ada 2 atom hidrogen yang telah bergabung dengan 1 atom oksigen. Komposisi air atau kandungan air ini boleh diuraikan semula kepada bahan asas nya melalui proses elektrolisis. Elektrolisis adalah proses menguraikan elektrolit (dalam kes ini adalah air) kepada komponen asalnya, iaitu oksigen dan hidrogen.



Komposisi 1 molekul air yang terbentuk daripada gabungan 1 atom oksigen dan 2 atom hidrogen.


elektrolisis air

Elektrolisis adalah proses menguraikan elektrolit (dalam kes ini adalah air) kepada komponen asalnya, iaitu oksigen dan hidrogen.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan